Content has been updated elsewhere, would you like to reload?

*** Warning: If you do not reload, you may be editing obsolete contents. This may cause you to lose recent changes.

Yes, reload    |    No, keep this older content
Overview
  • Melancong adalah aktiviti yang paling menyeronokkan di dunia! Kerana apa? Kerana kita dapat melihat budaya dan gaya hidup negara orang. Bak kata pepatah, “jauh berjalan, luas pemandangan.”

  • Cuba anda bertanya kepada orang di sekeliling anda. Siapa tidak suka melancong? Lebih 80% akan mengatakan, “Ya, saya ingin melancong!” Mungkin tidak lebih 10% sahaja yang mengatakan tidak ingin melancong. Betulkah? Jika diajukan pertanyaan ini kepada saya, memang sudah pasti  saya ingin! Siapa yang tidak mahu kan? Jika berkesempatan, saya ingin pergi ke semua negara. Itupun jika ada rezeki dan diizinkan Allah. Ada juga yang mengatakan, “Dari pergi melancong, bukankah lebih baik menunaikan umrah atau haji?” Ya, semua orang ingin melakukan ibadah mulia itu termasuklah diri saya, Insha-Allah. Semua bergantung pada niat dan usaha. Namun persoalannya sekarang, kenapa perlu melancong?

    Melancong adalah aktiviti yang paling menyeronokkan di dunia! Kerana apa? Kerana kita dapat melihat budaya dan gaya hidup negara orang. Bak kata pepatah, “jauh berjalan, luas pemandangan.”

    Mungkin di sini boleh dikongsikan sedikit sebanyak kenapa perlu melancong. Jom kita lihat dibawah!

    1.Mempelajari dalam menyesuaikan diri.
    Kita boleh merancang destinasi mana yang ingin dituju, tetapi tidak semestinya apa yang kita rancang kita akan miliki, apabila di negara orang, kita perlulah mempelajari untuk menyesuaikan diri dengan perkara yang baru termasuklah orang di sekeliling dari pelbagai sudut perspektif yang berbeza. Terdapat negara yang mempunyai empat musim di mana ianya amatlah berbeza dengan negara kita, maka ianya perlulah dititik beratkan terutamanya musim sejuk.


    2. Menerokai perkara-perkara baru.
    Kita akan mengalami dan menemui perkara-perkara baru dalam hidup apabila bertandang ke negara orang. Melancong adalah salah satu cara untuk membuka mata dan minda serta menimba ilmu dan merasai pengalaman baru. Pergilah melancong! Bila sudah rasai sekali, pasti ingin melancong lagi sekali. Salah satu perkara yang bakal diterokai buat para pelancong ialah perbezaan budaya, udara yang berlainan serta suasana yang sangat berbeza dengan tempat sendiri. Percayalah


    3. Kejutan selera makan.
    Apabila berkunjung ke negara asing, sudah tentunya kita ingin merasai makanan mereka. Apa yang penting, pastikan makanan yang dijamah itu adalah halal. Menjadi satu kerugian jika melancong tetapi tidak mengambil peluang untuk memakan makanan tempatan di situ. Sekali-sekala, cuba kita hidup tanpa makanan di negara sendiri.


    4. Pengembaraan idaman.
    Terokai destinasi baru, pergilah ke tempat yang diidam-idamkan. Jadikan destinasi idaman yang dikunjungi sebagai satu kenangan yang paling indah dalam hidup anda. Nikmati suasana bersama-sama keluarga, rakan-rakan dan orang yang tersayang.

    Apa tunggu lagi? Jom melancong! smartemall.dreamtripslife.com ada menyediakan pelbagai pakej pelancongan yang menarik. Hubungi kami untuk pertanyaan di talian 011-1506 2876 atau lawati laman sesawang rasmi kami di www.smartemall.dreamtripslife.com

  Dishes
  Chops
  Desserts  References and More

You are welcome to

  • Sign in through   Sign in or sign up with your Facebook account   Sign in or sign up with your Google account   Sign in or sign up with your Amazon account
  • Create your own Web list!
  • Save this into your reading list.
  • Write a comment below.
  • Share this Web list through email or with other Readish users.
      
Course info
  Comments
3  1  1  1  0
      
Language: bahasa MelayuThis course is owned by jomfreetravel
By jomfreetravel

Tags for this course
melancongpercumatravel 
Suggested courses    Hide
 For Readish.com
  • Move to:
  •    
       
       
       
Open All         >>